Pages

Search This Blog

Thursday, 24 January 2013

99 % single - Mungkin - nak siap dah!!

salam satu malaysia..

Alhamdulilah,..3x

Akhirnya penantian selama 15 tahun untuk keluar kan single lagu sendiri (proper recording) nampak nya tercapai dan hampir siap 100%...mengikut kepada sound engineer aku (Affan - Trivia Studio), mastering  belum siap lagi, kemungkinan besar hari sabtu ni 26/01/2012 akan siap. ini bermakna single pertama aku dan Project SRZ akan di riliskan di public, seperti youtube, facebook, my space dan etc... 

Alhamdulilah, single pertama "Mungkin" hampir 90 peratus menggunakan bakat kami sendiri, terutama nya aku sendiri, dari segi drum track, guitar lead track, guitar distortion track,  aku sendiri yang hasil kan, kecuali ade sesetengah part guitar kedua di bantu oleh Faizd (trivia Studio), kerana ketika part itu jari ejmari aku dah lemau, dah otak dah beku nak main. makanala Bass memang aku bagi Redbay (redzuan Bayudi) yang main sendiri. walaupun dari segi bunyi masih belum ade cukup sampai tahap "gempak" tapi bunyi bass dia boleh tahan la... manakala dari segi vokal (ini part paling penting), Zam atau Nizam telah menyembahkan bakat beliau dengan baik. Alhamdulilah.. pengalaman pertama untuk beliau merekodkan suara hehehe...
Manakala Drummer aku, Ageng @ Sugeng, dia tak dapat nak record track drum kerana ade hal keluarga ketika itu, walaupun beliau hadir ketika seisi recording drum track, tetapi ade hal keluarga dia terpaksa tinggalkan dalam keadaan kecewa, dan tugas itu aku sendiri kena sempurnakan....(nak tak nak kena buat kalau ikut plan asal memang aku nk suruh dua record drum track), tak apa la jak, kita try second single nanti,..hehehe..

Sebenarnya, kerja2 dan urusan2 dunia seni hiburan ni agak Complicated sikit, bukan seperti pendengar fikirkan, memang satu kerjaya yang mencabar dari segi mentaliti, kesfahaman, keuwangan, dan masa. tambah2 lagi kami semua ni dah berstatus "Berkahwin" dan kebetulan jugak kami berempat ni mempunyai anak..memang masa terhad, utnuk praktis dan kumpul anggota mmg sukar. ini salah satu cabaran dan dugaan la..belum masuk bab2 nak masuk studio dan selepas studio. dan sekrang pulak kena cari persuruhanjaya sesumpah untuk membukti kan bahawa karya itu adelah karya sendiri, kerana sekarang tak bleh terus register kat MACP, dulu boleh la satu lagu jer terus wat copyright kt MACP..sekrang system dia agak ketat sikit (mungkin dia mengelak kan karya yg ntah apa2)..dan lagu tersebut harus 5 lagu dan di putar kan di radio, buat persembahan di konsert2 besar , macam jom heboh...huhuhuhu..memang jauh lagi la nk sampai tahap cam tu, memandang kan kami ni baru nak bertapak di aras mainstream...walaupun secara pribadi aku telah mentelaah bidang ni lebih dari 10 tahun...baru kali ni aku dapat capai (proper recording)...

jadi, aku agak tak sabar jugak lah nk dengar hasil lagu pertama kami - mungkin- yg sememang nya hasil ciptaan aku dari a-z... insyallah, semua dah completed aku akan letak kt blog cikai aku ni...

ok, selamat hari maulidur Rasul...