Pages

Search This Blog

Saturday, 13 April 2013

Mengimbau kenangan lalu (saja2 suka) :)

Assalamualaikum...

dah lama jugak aku tak catat apa2 kt blog cikai ni..hehe
tiba2 terpanggil jari aku nk mencatit kisah lama2..dulu2..kenangan silam..itu pun setelah aku melihat kembali gambar2 lama di laman sosial aku..

1. Ini lah gambar aku pada usia 21 tahun, x salah aku pada tahun 2002, time ni aku mmg budak sk8 (skaters)..pada ketika ini juga, aku meminati hip-hop (kekonon nye kalau dgr hip hop maka complete lah menjadi seorang skaters yg yaa aa aauww... aku meminati eminem, fubuzz, too phat, reefa, dan sealiran ngn hip hop..time tu bila kau ingt balik mmg gila2..la..sanggup overnight pukul 1-4pg semata2 nak main skate kt street, kat vert (taman permount, ketika itu baru dibina)..sanggup overnight main skate kt station LRT pukul 2-3 pg (taman Jaya)..mmg gila..la..kebetulan pulak time tu aku kerja di Mcd, kerja plak shift petang malam..jadi apa nk kisah, balik nanti (pukul 4pg) terus tido dh bangun pukul 1,..pukul tiga masuk kerja balik..solat ntah kemana apa pun semua nyer berterabur..hahaha..gambar dibawah aku ngn member baik aku Art atau Azhar (dah arwah dah) baru balik dari konsert hotlink roof top kt Lot 10..mmg penat dgn  orang berkerumun, dan penat jugak buat break dance haha..gambar ni terlah diambil member aku lagi satu Redbay..lokasi LRT asia Jaya..mmg sweet la time muda2 dulu..sekarang dh tak bleh la nk main skate, perut dh maju , bini dah ade , anak dah ade..kira sekarang dh jadi manusia betul daa..wakakaka..
LRT ASIA JAYA
2. gambar kedua ni, pada tahun 2006, time ni ade sambut hari jadi seorang staff, dimana pada ketika ini aku mmg dah jadi manusia betul..haha kerja pun tak macam dulu kat mcd..tapi pada tiime tu aku kerja di opis..kira dah jadi budak opis la plak..gambar ni di opis lama aku iaitu Ingram Micro kt PJ , masa ni jawatan aku sebagai Customer Service Representative memerangkap Retail Authorization .kerja aku base on outbound (ceehh speaking pulok!)..yang berada di HQ sydney australia..maksud nya kerja aku ni berkenaan perniagaan yg berurusan di sydney, maka client aku, atau customers aku semua dari australia, sydney, perth, dan semua kawasan yg berada di australia..
bekerja di sini memang seronok, ape tak nya, aku ade lah first batch..mula2 company ni bukak (australia offshoring) aku dah kawan2 aku ni yg first batch..tapi ade jugak budak baru seperti adrian, diana, aaron, yg lama aku (buat kepak ayam tu), zura, shahir, lam, david, firdaus..tapi jodoh aku dgn company ni tak panjang aku sempat bekerja selam 2 tahun lebih disana..apa2pun mmg kenangan terindah..tambahan lagi gaji nya kerja disitu mmg terbaik..sampai aku dari tak ada kereta, bila kerja sini aku mampu beli kereta dan kredit kad..hahaha...apa2pun aku rindu mereka2 dlam gambar ini, sampai sekarang aku tak jumpa sorang pun..lost contact.oh ya..aku dgr cerita tempat kerja aku yg lama ni dah di tutup, segala operasi telah di ambil alih Ingram Micro pinoys...(kemungkinan geng2 sulu yg kerja) heheh..

berdiri Dari kiri: Shahir, Aaron, Lum, David, Firdaus, Adrian
berdiri tgh: Zura (comel molek tu) Diana Allison
Depan tu aku la wakakaka...

Monday, 18 March 2013

Alhamdulillah setelah sekian lama menunggu, akhir nya terbit nya single pertama kami..

Thursday, 24 January 2013

99 % single - Mungkin - nak siap dah!!

salam satu malaysia..

Alhamdulilah,..3x

Akhirnya penantian selama 15 tahun untuk keluar kan single lagu sendiri (proper recording) nampak nya tercapai dan hampir siap 100%...mengikut kepada sound engineer aku (Affan - Trivia Studio), mastering  belum siap lagi, kemungkinan besar hari sabtu ni 26/01/2012 akan siap. ini bermakna single pertama aku dan Project SRZ akan di riliskan di public, seperti youtube, facebook, my space dan etc... 

Alhamdulilah, single pertama "Mungkin" hampir 90 peratus menggunakan bakat kami sendiri, terutama nya aku sendiri, dari segi drum track, guitar lead track, guitar distortion track,  aku sendiri yang hasil kan, kecuali ade sesetengah part guitar kedua di bantu oleh Faizd (trivia Studio), kerana ketika part itu jari ejmari aku dah lemau, dah otak dah beku nak main. makanala Bass memang aku bagi Redbay (redzuan Bayudi) yang main sendiri. walaupun dari segi bunyi masih belum ade cukup sampai tahap "gempak" tapi bunyi bass dia boleh tahan la... manakala dari segi vokal (ini part paling penting), Zam atau Nizam telah menyembahkan bakat beliau dengan baik. Alhamdulilah.. pengalaman pertama untuk beliau merekodkan suara hehehe...
Manakala Drummer aku, Ageng @ Sugeng, dia tak dapat nak record track drum kerana ade hal keluarga ketika itu, walaupun beliau hadir ketika seisi recording drum track, tetapi ade hal keluarga dia terpaksa tinggalkan dalam keadaan kecewa, dan tugas itu aku sendiri kena sempurnakan....(nak tak nak kena buat kalau ikut plan asal memang aku nk suruh dua record drum track), tak apa la jak, kita try second single nanti,..hehehe..

Sebenarnya, kerja2 dan urusan2 dunia seni hiburan ni agak Complicated sikit, bukan seperti pendengar fikirkan, memang satu kerjaya yang mencabar dari segi mentaliti, kesfahaman, keuwangan, dan masa. tambah2 lagi kami semua ni dah berstatus "Berkahwin" dan kebetulan jugak kami berempat ni mempunyai anak..memang masa terhad, utnuk praktis dan kumpul anggota mmg sukar. ini salah satu cabaran dan dugaan la..belum masuk bab2 nak masuk studio dan selepas studio. dan sekrang pulak kena cari persuruhanjaya sesumpah untuk membukti kan bahawa karya itu adelah karya sendiri, kerana sekarang tak bleh terus register kat MACP, dulu boleh la satu lagu jer terus wat copyright kt MACP..sekrang system dia agak ketat sikit (mungkin dia mengelak kan karya yg ntah apa2)..dan lagu tersebut harus 5 lagu dan di putar kan di radio, buat persembahan di konsert2 besar , macam jom heboh...huhuhuhu..memang jauh lagi la nk sampai tahap cam tu, memandang kan kami ni baru nak bertapak di aras mainstream...walaupun secara pribadi aku telah mentelaah bidang ni lebih dari 10 tahun...baru kali ni aku dapat capai (proper recording)...

jadi, aku agak tak sabar jugak lah nk dengar hasil lagu pertama kami - mungkin- yg sememang nya hasil ciptaan aku dari a-z... insyallah, semua dah completed aku akan letak kt blog cikai aku ni...

ok, selamat hari maulidur Rasul...